Assalamualaikum ...
Sedih, kecewa, patah hati and end up kita akan menangis. Kan? Perasan paling susah nak pujuk bila kita tengah menangis sedih. Tipulah kalau aku cakap dgn pejam mata all things can back to normal. Really? Bohong.
Tapi ada orang cakap cara paling mustajab untuk hilangkan rasa sedih sampai menitis air mata jernih milik jiwa itu, kita ambil wuduk & bukan akan stop semuanya sampai situ. No!
Tapi terus jumpa Tuhan. Luahkan semuanya yang terpendam. Tell him everythings that make you so upset the most, luah everything sampai lapisan organ hati paling dalam. Sesungguhnya dialah pendengar yang terbaik.
Then,kau bawa jiwa dan pelbagai perasaan kau itu dengan baca kisah cinta dari kitab cinta milik tuhan, AlQuran. Perasaan kan akan back to normal if kau sungguh sungguh. Tapii itu terapi utk diri sendiri bila kita ada dalam situasi yang sedih kecewa terluka patah hati haa semua itulah.
Tapi macam mana pula dengan orang lain? Jujur aku tak boleh tengok orang menangis entah kenapa aku pun akan rasa sedih jugak even takda dalam situasi orang itu. Tapi paling deep bila orang yang sedih tu orang yang rapat dengan kita, family, kawan rapat. Aku punn taktahu nak deskripsi kan apa yang aku rasa actually tapi aku faham itu je cara nak luahkan semua yang mengguris hati kita. Sense kita sama.
Even it just a small matter kita menangis bagai nak rak.
Wallahi pasti ada tercalit rasa bersalah simpati dalam hati atau dah tak sanggup nak hadapi and tanggung masalah yang menghempap bahu. Air mata ni macam beban yang berlinangan untuk mencipta kelegaan. So that, just cry! If it will make you better.
Tapi berdoalah untuk kembali kuat. Sekali kau jatuh, bangun dua kali. Sekali jatuh, bangun.Dua kali kau jatuh, bangun lagi buat kali ketiga. ;) Bersangka baik pada Allah.











No comments:
Post a Comment